Search

SESI BERSAMA AADEL FAHAD

Bukan senang n...

  • Share this:

SESI BERSAMA AADEL FAHAD

Bukan senang nak cari masa lapang menyantuni cucu ke-6. Banyak halangan dari pagi sampai malam. Harapan di hari Sabtu.

Sejak pukul 10 pagi semalam, saya sudah bersiaran dalam siri bicara 15 minit kenapa kita perlu menjadi penulis anjuran 5pages1day. Ini dah masuk siri ke-7.

Selepas itu, ada Majlis Penganugerahan Kecemerlangan KISAS. Saya dijemput sebagai pemidato khas (rakaman). Kemudian saya terlibat dalam forum penjanaan bisnes halal menggunakan hak @ harta intelek anjuran Matrade & Mihas.

Di sebelah petang, saya kembali dalam sesi mingguan tadabbur al-Quran secara kognitif bersamal Ust Khairul Anuar Basri jam 3 petang. Tepat pukul 4 petang, saya terus masuk zoom majlis welcoming kepada alumni PICOMS (sebuah kolej universiti di bawah MAIWP) yang baru tiba di Munich bekerja di sana sebagai jururawat terlatih & boleh berbahasa German. Saya sampaikan ucapan terima kasih & lebih penting lagi ucapan inspirasi kepada semua pihak: PICOMS, alumni PICOMS yang sudah sampai di Munich & pihak syarikat di Jerman & kedutaan Jerman di KL yang terlibat dalam German-PICOMS Professional Programme.

Komen dari pengurus di Munich dalam ucapan beliau selepas mendengar ucapan saya; "This is the most inspiring speech I have ever heard". Mungkin beliau lebih2 dalam kata2. Tapi saya memang memberikan perhargaan yang melampau kepada semua pihak. Pelajar Melayu belajar bahasa German dalam 6 bulan! Ini luar biasa.

Itu cerita semalam. Pagi tadi hari Ahad, jam 10 pagi, baby Fahad masih tidur. Saya dah bersiaran dengan pimpinan baru IIUM Students Union. Banyak isu yang saya dengar & komen. Jam 11 pagi, sesi bersama lembaga pengarah Data Sukan Sdn Bhd. Ini syarikat saya dalam menjadikan data sukan dalam semua aktiviti sukan bagi melahirkan johan berdata.

Tepat jam 12 tengahari, bersiaran pula dengan teman2 dari Jakarta tentang projek bank digital. Saya sengaja hadkan masa 45 minit sahaja.

Masa dah sampai menyantuni cucunda Fahad. Otak dah penat. Bila saya meletakkan cucunda atas paha saya, dia terus tidur nyenyak. Terasa terhibur. Tertarik melihat pernafasan bayi dari perut bukan dada. Ini cara pernafasan fitrah kejadian Allah. Ia tidak diamalkan. Sad.

MDB


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts